The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan ACL Two Kumpulan G MD5 | Bangkok United FC vs Selangor FC | Gergasi Merah Menantikan Ujian Di Bangkok

Nov 26, 2025 - FAS

Selangor FC akan berdepan Bangkok United FC malam ini dalam perlawanan kelima saingan ACLTWO 2025/26 di Stadium Pathum Thani, bermula jam 8:15 malam waktu Malaysia.

Pada edisi kedua penyertaan Gergasi Merah dalam kejohanan ini, pasukan diundi dalam Kumpulan G bersama Bangkok United FC, Lion City Sailors FC dan Persib Bandung.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Christophe Gamel, menyatakan keyakinannya terhadap barisan pemain yang akan diturunkan.

“Kita sedar bakal berdepan lawan yang sangat kuat. Fokus utama pasukan adalah untuk terus bekerja keras, kekal fokus dan bersedia untuk perlawanan malam ini serta aksi-aksi seterusnya. Ini merupakan cabaran yang baik untuk pasukan. Saya juga akan menurunkan barisan terbaik kerana ini peluang untuk melihat kemampuan pemain lain dan menilai potensi mereka bagi perlawanan akan datang,” jelas Gamel.

“Bagi pasukan, perkara paling penting adalah untuk berikan kerjasama yang baik serta menunjukkan semangat tinggi dalam situasi seperti ini. Kita perlu kekal disiplin untuk mencapai keputusan positif, kerana lawan malam ini mereka corak mempunyai kualiti dari segi teknikal dan kepantasan,” tambah beliau.

Dari segi keberadaan pemain, Sharul Nazeem tidak dapat bersama pasukan akibat kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL). Sementara itu, Haiqal Lau dan Zikri Khalili berada pada fasa akhir pemulihan sebelum kembali menjalani latihan penuh bersama rakan sepasukan. Manakala, para pemain yang berada di Thailand berazam untuk berikan aksi terbaik untuk penyokong dan kelab pada malam ini.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin bahawa walau apa pun situasi yang dihadapi, pasukan akan berusaha sedaya upaya untuk membawa pulang keputusan positif. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!